Saturday, May 25, 2013

RENUNGAN CINTA....



  1. Cinta tidak pernah meminta, ia  sentiasa  memberi,  cinta  membawa penderitaan, tetapi tidak  pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan;  manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
  2. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua  tangan untuk  memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan  sekeping lagi  hati pada seseorang  untuk kita mencarinya.  Itulah namanya Cinta.
  3. Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
  4. Jika  kita mencintai seseorang,  kita akan sentiasa  mendoakannya  walaupun dia tidak berada disisi  kita.
  5. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali  menyerah jika kamu masih  merasa  sanggup.  
  6. Jangan sesekali mengatakan kamu  tidak mencintainya lagi  jika   kamu masih  tidak dapat melupakannya.
  7. Perasaan  cinta itu  dimulai dari   mata,  sedangkan  rasa  suka  dimulai dari  telinga. Jadi   jika   kamu  mahu  berhenti menyukai  seseorang,  cukup  dengan menutup telinga.  Tapi   apabila   kamu Coba   menutup matamu dari   orang   yang kamu cintai, cinta itu  berubah menjadi titisan  air  mata dan   terus  tinggal dihatimu dalam jarak waktu  yang cukup lama.
  8. Cinta datang kepada orang  yang masih  mempunyai  harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai,  walaupun mereka telah disakiti sebelumnya  dan   kepada mereka  yang mempunyai keberanian dan   keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
  9. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang  sehingga  dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada   pusaranya. Sebaliknya  ucapkan kata-kata  cinta yang tersimpan dibenakmu itu  sekarang selagi ada hayatnya.
  10. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita  harus  mengerti bagaimana berterima kasih  atas  kurniaan itu.
Design by Abdul Munir | Edited By Djava.Jr | Supported By VanLou